Sunday, January 10, 2010


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan geran bantuan sebanyak RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melati bagi membina semula gereja itu di tempat lain.

Jelas beliau, usaha tersebut merupakan bukti sokongan dan tanda keikhlasan kerajaan menangani insiden kebakaran gereja.

“Saya mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 supaya mereka dapat membangunkan sebuah gereja di tempat yang lain, tempat yang baru untuk menjalankan urusan ibadat dan pentadbiran.

“Ini merupakan sokongan daripada kerajaan dan tanda keikhlasan kerajaan dan semua pihak diharap bertenang kerana kerajaan amat komited untuk jaga keadaan harmoni dan hubungan baik antara kaum dan agama di dalam negara ini,” katanya selepas melawat gereja dua tingkat yang hangus terbakar dipercayai selepas dibaling dengan bom petrol awal pagi kelmarin.

Kosmo.



Komen: Saya sangat bersetuju dengan peruntukan ini. Malaysia adalah negara yang maju dan aman. Usaha Perdana menteri ini harus dipuji dan ini sekaligus dapat menggelakkan daripada perpecahan kaum dan agama di Malaysia. Saya juga mengutuk tindakan membakar tempat ibadat agama lain.
-Christy-

No comments:

Post a Comment